Thursday, April 21, 2011

PERCUBAAN MEMBUAT HALWA KUNDUR

Kali ini saya telah melakukan percubaan untuk membuat halwa kundur pula.... setelah sekian lama saya bertapa dan menuntut ilmu daripada Opah, maka percubaan pertama pun dilaksanakan....

Inilah dia rupa bentuk buah lobak kundur yang ditanam khas oleh Opah di belakang rumahnya... terus terang cakap saya memang tak peghonah nengok buah kundur ni... selalu nengok dalam gambar bentuk dia bulat tapi yang Opah bagi ni lonjong bentuknya.... tapi sama je .... sapa2 nak pakai bedak, buleh le sapukan tangan anda pada kulit buah lundur ni dan kemudian lumur pada muka.... sebab kulit buah kundur ni penuh dengan bedak.... err tapi tak jamin le ye... kang naik gatal2 muka tu kang, saya tak tau...

Maka setelah lebih kurang seminggu dimasak dengan air gula dan beberapa hari untuk menjemurnya sehingga kering serta tak lupa juga berpenat lelah berperang dengan semut...... maka inilah hasilnya yang tak seberapa .......





















Tak gheti nak buat cantik2 macam yang Opah buat, nak buat hantaran pun buat malu aje weh... nampaknya nak kena pegi menuntut lagi dengan Opah ni.....

1 comment:

Anonymous said...

salam.. saya shiela dr Jabatan pertanian, KL. saya ada terbaca entry blog akak berkenaan PENUNGGU BUAH KUINI tahun 2009..So, sy nak minta kerjasama akak tentang maklumat pokok tersebut like (dekat mana?) then boleh tak akak kasi contact number akak...

Tujuan kami adalah utk mendapatkan kumbang @ ulat yg ada di dalam buah kuini tue utk analisa makmal..any news please email me at idd_far@yahoo.com. atau boleh hubungi sy di 03-2697 7189 (shiela & ida)/ 7184 (irene)/ 7170 (daryl). Kerjasama akak amat di hargai dan sy harap akak dpt reply saya a.s.a.p

thanks a lot akak...