Tak boleh zoom lagi... gambar pon tak sharp...
Kalau ada kamera bagus boleh fokus kat 'circle' kat badan dia tu ek.... mesti cantik...
Kuat betul dia makan...laju pulak tu...kejap je dia dah pindah ke daun yang lain... boleh terbalik2 lagi..
Yang ni dah gemmmokk sangat.... tapi still laju lagi makan...
Siapa boleh bagitau kenapa ulat beluncas yang dok makan pokok keembong ni mesti yng kaler hitam... jarang nampak kat pokok lain... ulat yang kaler hijau tak penah nampak lak kat pokok keembong ni...
Kalau dulu masa Aniq dan Hilmi kecik2...saya suka bela ulat beluncas kat dalam balang... nanti boleh tengok proses dia menjadi rama-rama... dari ulat beluncas - jadi kepompong - jadi rama-rama... bila dah jadi rama-rama tu kitorang lepaskan dia terbang.... best...
Ingatkan nak bela jugak ulat2 nih... tapi takut Maktok marah.... besoknya kitorang cari ulat2 ni sumer dah takde... ingatkan dah jadi kepompong.... rupa2nya dah dilenyek oleh Maktok... marah betul dia... habis pokok keembong dia togel..... hee...heee.... kalau dia tau kitorang siap ambik gambar lagi mesti dia tension...