Sunday, November 1, 2009

RADIX CHICKEN HOUSE

Sape penah makan kat Radix Chicken House? Kalau tak kami pun tak tau yang kedai ni wujud. Haritu PakTeh dgn Makteh beriya-iya rekomen suruh kitorang pi try makan kat sini. Kat JB mana ada kedai ni... wujud kat Perlis je kot? Masa kami balik dari Langkawi dulu tu Baba decide nak singgah Bukit Kayu Hitam sbb Baba tak penah sampai sana. Tapi atas nasihat sifu shopping kita, MakTeh, kami tak jadi pegi sbb katanya sana takde benda. So sifu Makteh suggest kami pegi Padang Besar. Teringin jugak nak pegi survey kat 'Wang Kelian' tapi Makteh kata situ bukak hari Ahad aje. Memandangkan hari tu hari Jumaat so Wang Kelian confirm tutup punya... So kami pun menuju ke Padang Besar. On the way ke Padang Besar tu saya terperasan ada kedai ni.... lepas balik dari Padang Besar kami pun singgah le kedai Radix Chicken House ni. Makteh dgn Pakteh kata kedai ni jual ayam goreng ala-ala macam KFC la... tapi orang Islam punya...

Selepas kami order ayam goreng kami tu, kami kena tunggu sekejap sementara order kami siap. Memandangkan masa tu Maghrib pun dah masuk, budak yg amek order tu suggest kami solat dulu kat Surau diorang yang berada kat sebelah atas kedai mereka... ada ofis mereka juga kat atas tu... semua orang solat kecuali Nurul. Dia dok main camera.
Bersungguh2 Nurin suruh tunggu dia baca Yasin dulu sebelum keluar dari surau. Dia pun bacalah buku Yasin tu tapi bahasa dialah.. Hebat tak?


Lepas solat kami pun makan ayam goreng... sedap... ramai jugak pelanggannya... nasib baik kami dtg masa tengah Maghrib sbb lepas Maghrib je berpusu2 orang dtg makan kat sini...


Hebat.... buat pengetahuan semua Nurin sekarang ni dah pandai cakap perkataan 'Hebat'. Sikit2 cakap 'hebatnyerrrrr...'. Kalau dia buat apa2, mesti dia tanya "hebat tak?". Selagi kita tak jawab 'hebatnyer' atau ' memang hebattt'... selagi tu dia akan tanya kita tak henti2 'hebat tak?... hebat tak?... hebat tak?... hebat tak?.... hebat tak?...' poning eden... ntah dari mana dia belajor cakap hebat ni tah?