Monday, August 9, 2010

MISI KE KEBUN TOKSIRA44

Pada Hari Sabtu yang lalu-lalu (tak ingat minggu bila), misi kami untuk ke Kebun Toksira44 telah dijalankan dengan jayanya... Lumayaaannn... berkilo2 buah duku langsat telah berjaya dikutip dan dibawa balik ke Johor Bahru dan telah diagih2kan oleh Maktok dengan jayanya juga..

Kebun Toksira44. Penuh dengan pokok duku langsat.
Buah durian yang menanti gugur. Pokoknya rendah yang amat. Macam boleh petik je buah tu sebab rendah sangat.... tapi actually ni pokok dalam kebun orang lain... saja geram nengok buah dia... Untuk mengumpul buah2an, pokok perlu dipanjat untuk mendapatkan buah yang cantik. Sekiranya dikait buah2 yang jatuh akan cepat rosak dan 'pecoh' (bahasa ngganu 101 bermaksud 'pecah').
Kerja2 ini hanya boleh dilakukan oleh pemanjat2 pokok yang expert saja... sesapa yang tak expert dinasihatkan melupakan saja niat itu...

Sebelum memanjat pokok anda memerlukan beberapa peralatan penting seperti tali, guni dan juga yang paling penting sekali ialah ' begong'.
Jangan pula salah sangka... 'begong' sebenarnya bukan merupakan salah satu peralatan untuk memotong seperti pisau, sabit atau yang sewaktu dengannya... akan tetapi 'begong' setelah dialih bahasa dari bahasa Ngganu 101 bermaksud penyembur racun serangga atau aerosol yang berjenama ' Baygon'. 'Begong' amat penting untuk menyembur pokok2 yang penuh dengan semut dan kerengga dan kaum keluarga mereka yang lain... ini bagi memastikan ketidak selesaan ketika memanjat pokok tersebut dapat dihindari....


Guni yang telah penuh di isi buah dibawa turun dari pokok..
Satu lagi yang perlu ada semasa masuk ke kebun... kasut but berjenama bagi memastikan anda masuk kebun dengan 'style'... dan juga untuk mengelak dari gigitan pacat.

Bakul ni belum penuh lagi ni....

Buah durian juga ada yang gugur untuk menghabiskan saki baki buah di pokok...

close-up sikit...

'Tokey' kebun...

Maktok busy sokmo... ada je kerja yang dilakukannya...

Hard at work... membersihkan kebun...
Hard at work... mencangkul dan menyediakan batas untuk menanam ubi kayu yang dibawa khas dari Johor....

Hard at work... memproses buah2 durian yang dikutip...

Buah2an dalam guni yang dibawa turun dari pokok di kumpul pula ke dalam bakul...

Rumah pondok di kebun... tempat untuk melepaskan penat dan lelah...

Bilik air bertaraf 5-star... ada berani???
Terdapat sebuah perigi didalamnya...

Cikgu berehat seketika di pondok.

Pasangan petani moden yang berjaya.... jauh bermenung, mengenangkan apa ya ?

Selepas sesi mengumpul buah di kebun berjaya dilakukan kami pun bertolak pulang ke Johor Bahru dan sempat singgah di Restoran Nusantara di Endau untuk membasahi tekak dengan sedikit minuman dan mengalas perut dengan sedikit makanan ...
Budak2 kecit ini perlu dibawa ke tandas dahulu sebelum meneruskan perjalanan... tandasnya pun boleh tahan cantik....
Sekitar kawasan tandas dan surau terdapat sebuah fountain... sebelah belakang tu tandas... sebelah kiri tu surau...


mamat ni order nasi goreng lah ...apa lagi... tapi awas... pembantu kedai yang mengambil order tu ada sikit 'bengkeng' atau 'cengih' kata oghang Perak... tapi 'secengih-cengih' dia pun tetap efficient gitu... hahahahaha... eeee.... takut teman nak order... pulak Aniq mengambil masa yang amat lama untuk decide apa nak order... apa lagi... naik 'ghadang' (meradang) le dia nunggu lama untuk Aniq to decide...

Maktok rehat sebentar.... Maktok rilek je suruh waiter yang cengih tu bungkuskan air yang tak habis... saya dah lari dulu...

Kue-teow goreng.... sikitnya lama nak decide nak makan kue-teow... sampai kena sound dengan waiter cengih tu...

Sampai rumah buah2an di alih ke dalam bakul supaya tidak berpeluh...
Awat la gambaq semua terpusing ni... kat picture file okay je...



Kemudian Maktok membahagi2kan buah2an ke dalam plastik2 yang lebih kecil untuk diagih2kan kepada jiran2, teman2, kawan2 dan sedara-mara....
Buah manggis ni telah dihadiahkan oleh seseorang kepada Hilmi semasa kami berehat di Restoran Nusantara tu. Kata orang tu Hilmi sebijik macam anak dia, siap dengan badan2 dia sekali semuanya seiras dengan anak dia... hehe..

Selain manggis, rambutan ni pun dihadiahkan kepada Hilmi juga...


Ni dari kebun Toksira44....
Ni Tokey kebun beli semasa balik dari Kelantan...