Agak lama juga saya tidak berbelog sejak bulan puasa nih... Agak sibuk dengan rutin harian barangkali... 4.30am masak air, buat air MILO, panaskan makanan untuk sahur... 5.00am kejutkan warga2 seisi rumah yang sedang nyenyak tidur.... tahukah anda bahawa pekerjaan mengejutkan orang itu amatlah berat? kejut2 tak bangun.... kejut2 tak bangun.... naik fedap nak kejut dah... nak biorkan tanpa bersahur takut tak larat bebudak tu nak puasa kang.... sehingga kini saya sudah dapat cara yang berkesan untuk mengejutkan mereka... saya dapati jika saya mengejutkan mereka sambil memanggil nama mereka dengan intonasi suara saya yang normal, iaitu nyaring dan tinggi, ianya tak akan berkesan... akan tetapi sekiranya jika saya menggunakan intonasi suara yang rendah dan dalam, sambil menggaraukan suara saya,mereka akan senang untuk terjaga. Tak tau kenapa ... tapi saya selalu gunakan 'trick' yang begini... dengan menggaraukan suara saya, senang pulak mereka terjaga.... hehehe.... mungkin anda juga boleh mencubanya...
Pada hari pertama Aniq dan Nurul bersahur...
Pada hari pertama Hilmi bersahur sambil matanya terpejam lena....
Selepas seminggu berpuasa Hilmi masih bersahur dengan matanya terpejam lena juga....
Sekiranya tidak dikejutkan, dia akan tetap berada di dalam posisi sebegini sehingga waktu imsak....
Sejam sebelum waktu berbuka orang yang pertama yang akan setia menunggu dimeja makan ialah Nurul.....
Akan tetapi selepas waktu berbuka puasa orang yang terakhir yang masih setia duduk dimeja makan ketika orang lain semua dah bangun dan surrender dengan perut yang kekenyangan ialah Abang Hilminya....
Antara hidangan berbuka kami hari ini.. roti jala... dijala oleh Maktok..
Kek batik sebagai pencuci mulut .... cukuplah sebagai manisan walaupun corak kek batik ku ini tak de rupa macam batik eksklusif gitu...
SELAMAT BERPUASA EVERYBODDY...