Kami bermalam di Crystal Lodge... selepas breakfast di hotel kami pun keluar meronda...
Masa tu kedai2 belum bukak lagi... sapa2 nak mekapkan kereta, sila datang ke kedai ini...
Kemudian, kami pergi ke Pantai Cahaya Bulan (PCB)...
Singgah kejap je ni....
Tak nampak pun pantainya... sebab dah tambak tembok batu tu...
Kalau nak nengok laut, kenalah panjat tembok batu tu...
Kami meneruskan perjalanan ke Pengkalan Kubur.... ini adalah antara patung buddha yang kami nampak...besor tuu... patung Buddha baring tak jumpa pulak...
Akhirnya sampai jua di Pengkalan Kubor...
Penuh oghe.... payoh nak cari parking....
Kedai menjual pinggan mangkuk dan periuk2.... banyok sungguh barang2... comel2 belaka... tapi poket pun comei gak... so... takde shopping gape... beli baju bola jer (jersey) selai dua....
Pastu pegi nengok Rantau Panjang pulok.... mokcik2 sana daring2 belaka... bawak moto sebelah tangan, sebelah lagi gendong anok, helmet? helmet tu apa?
Masa ni kami ikut jalan mana ntah... kecik je jalannya.... dahle berlubang2 sana sini... kiri kanan macam hutan sikit2... ada ngeri sikit serta sangat2 meragukan... agak suspen juga masa ni.... Opah pun dah berpaut pada dashboard dah... dan saya pun dah berpaut pada kerusi Opah yang duduk didepan saya...
Dalam keadaan yang serba meragukan itu, saya perhatikan kat sebelah jalan ada sungai... pastu sepanjang jalan ada beberapa pos2 kawalan kat tepi sungai... agaknya sungai ni dah sempadan dah kot... tapi apasal takde pagar??
Ada juga sawah2 padi kat situ.... tak taulah ni sawah padi malinja ke, padi mahsuri ke atau padi beras siam cap Arnab...Akhirnya, setelah menempuh jalan yang meragukan itu, kami pun sampai di Rantau Panjang yang sangat sesak itu... jem sungguh masa tu... nak patah balik pun dah tak boleh... dan di sini juga keadaan sangat sesak dan sangat panassss.... ditambah pula dgn perangai2 orang yang parking sesuka hati mereka hingga menyebabkan insiden2 yang memanasssskan hati juga masa tu... ada yang parking tak tentu hala menyebabkan semua orang tak boleh keluar dari jalan satu hala itu... sehinggakan untuk keluar dari jalan itu kami terpaksa masuk lawan arus dan mengundurkan kereta sampai hujung simpang.... nak mencari parking pula bukanlah satu kerja yang senang kacang.... bila dah jumpa parking kami pegi jalan2 survey barang2 yang tak semurah mana pun itu... bila nak balik pulak, kereta kami kena block pulak dgn kereta lain yang parking dibelakang kereta kami dengan sesuka hati mereka... ada sorang ibu tua yang ditinggalkan keseorangan dalam kereta itu dalam keadaan kepanasan dan enjin dimatikan... bila saya jenguk2 macam nampak handbreaknya tak ditarik, maka saya mencadangkan supaya Baba menolak kereta itu kedepan sikit supaya kereta kami dapat keluar.... pengajaran yang kami dapat disini : SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN....
Saja je ambik gambo ni.. nak nunjuk yang kami dah sampai Rantau Panjang dah... kat sini pun kami tak shopping gapo2... cuma Baba beli t.shirt dan track bottom... Opah nak cari beras siam cap Arnab pun dah takde jual katanya... yang ada cuma beras cap burung aje...
Saja je ambik gambar rumah orang ni sebab lain dari yang lain designnya... warnanya pun striking... tengok saja tembok dia... penuh ukiran.... ada juga kami lalu di sebuah masjid yang rekabentuknya macam di negeri Cina tapi tak sempat amek gambor, dah terlepas...
Wah... ngantuk sudah... nanti sambung lagi...