Saturday, September 25, 2010

MOH BERAYA KE PANTAI TIMUR...

Raya kedua kami semua pergi beraya ke rumah bapak dan mak sedara.... Rumah pertama yang kami pegi serang ialah rumah Tok Itam yang baru siap pembinaannya.... teruja sungguh kami tengok rumah Tok Itam begitu rapi dikemas....
Tok Itam memang minat menanam pokok2... Ini antara pokok2 Orkid yang baru ditanam oleh Tok Itam.... tersusun cantik gitu... rumput2 pun baru ditanam juga...
Kemudian kami pi serang pula rumah Cik Bet... pokok2 hiasan dirumahnya cantik2 belaka... kami sekali lagi teruja dengan tekstur kemasan dinding di ruang tamunya.... cantik...

Esok paginya kami memulakan perjalanan ke Kelantan... tapi sebelum tu singgah dulu kerumah orang kawen di Kg. Tualang Sekah...

Sambil kami manjamu selera, pengantin pun sampai...

Bila dah kenyang, kami pun berangkat untuk menyambung perjalanan kami ke Kelantan...


Kami pun menuju ke Kuala Kangsar, selepas itu kami ke Gerik pula ... tapi sebelum tu berhenti di suatu tempat perhentian untuk ke tandas... tak ingat nama tempat nih tapi ada pemandangan sebuah tasik yang besar... kalau tak silap Tasek Cenderoh kot...

Kemudian kami masuk jalan lama yang jalan itu dikiri kanannya adalah pemandangan tasek juga.. cantik sungguh...

di kiri...

di kanan...
sebenornya saya tak tau yang mana pemandangan belah kiri, yang mana belah kanan... tapi kat kiri kanan le ada tasik camni....

Kemudian kami tiba di Gerik dimana perjalanan seterusnya memang mencabar sekali...
Maka bermulalah perjalanan kami di kawasan yang agak mencabar sedikit... agak berbukit juga...

Sungguhpun mencabar tapi pemandangan di situ tetap cantik....
Ada satu lagi kawasan tasek yang kami lalui.... tak ingat tasek apa... kalau tak silap Tasek Banding kot....
Kemudian berhenti untuk ke toilet di kawasan perhentian... kalau tak silap di Hutan rekreasi Belum kot... saya memang tak hingat nama2 tempat ni sebab first time kami lalu kawasan ni...
Mak Su membeli belah minuman dan makanan ringan....
Our navigator.....dia yang take over GPS Mak Su nya...
Sepanjang perjalanan ni hujan renyai2...
Oleh kerana hujan renyai2, dan kami pun berada dikawasan yang tinggi, maka cuaca pun menjadi sejuk menyebabkan kami sekali lagi berhenti untuk ke tandas... hehehe....
Di kawasan ni kita boleh melihat pemandangan dari atas bukit yang cantik sangat....
Ala-ala macam kat Cameron kan...
Pemandangan bukit2 di situ... siap berkabus2 lagi...

Ni banjaran Titiwangsa ker? kena check balik geographical map nih..


Wah cantik kan...

Sepanjang perjalanan..... hujan renyai2 dan berkabus... bahaya kan.... kena extra berhati2...

Oleh sebab hujan, mungkin jalan menjadi licin gaknya... kerana di sepanjang perjalanan tu banyak sungguh kereta accident.... ada tu selang 1 km ada kereta accident.... ada yang masuk parit, ada yang masuk hutan, ada yang berlanggar sesama sendiri... wah ngeri sungguh...


Wah.. jauh sungguh perjalanan kami ni.... penat dah nak upload gambar... lenkali kita sambung lagi ye... nantikan episod seterusnya...