Saturday, September 25, 2010

KAWAN DTG BERAYA

Sebelum naik sekolah haritu, dua orang kawan2 sekelas Hilmi telah datang beraya... kedua2nya kawan2 pompuan.... terima kasih le pada Nabila dan Ili kerana sudi datang beraya... Hilmi pun cam malu2 aje nak layan tetamu dia.... Bila kawan dia talipon kata nak dtg kejap lagi, maka kelam kabut le kami dua beranak mengisi kuih raya ke dalam bekas kuih... itu jam le baru nak bukak salotape kat tepi kotak2 kuih tu... habis dah semua kuih Maktok kami tayang.... hehehe... kalau kawan Hilmi tak datang memang tak bukak2 le kuih2 tu.... dudok je dalam kotak kuih tu sejak dibeli...
Untuk pengetahuan semua, sekarang ni kuih2 Maktok telah pon habis... bukannya dimakan oleh para tetamu hari raya tetapi dimakan oleh budak2 dalam rumah nih.... takpe lah ... kalau tak, sampai raya haji TAHUN DEPAN pun tak habis2 lagi...