Thursday, March 24, 2011

CARA NAK BUAT REMOTE ASTRO ANDA TAHAN LAMA SIKIT.

Anda menghadapi masalah remote astro selalu rosak? Jangan risau.... kami ada cara untuk membuatkan remote anda tahan lebih lama sikit.... begini caranya... mula2 ambil kotak ubat kepunyaan Maktok yang dah kosong... kotak gamat healin ni paling sesuwai....


Kat dalam kotak tu ada gabus putih atau polisterin..... ambil polisterin tu dan buangkan kotaknya...

Muatkan remote astro anda ke dalam lubang botol yang tersedia di polisterin itu dan sampulkan dengan plastik.... pastikan plastik tidak menutup bahagian atas remote.... kang tekan2 tak dapat pulak... maka anda akan dapati remote astro anda yang berharga RM5 dan dibeli di kedai 2 ringgit itu akan lebih panjang jangka hayatnya... harap2 lah... asyik kena beli remote astro je... kejap2 rosak.... kejap2 pecah.... harap2 yang ni dapat tahan lama sikit.... al-maklumlah... warga2 kat rumah maktok ni semuanya suka baling-membaling barang2... tak tau le kenapa.... nak kata keturunan Dato Panglima Siamang Gagap.... bukan.... tak tau panglima mana ntah...

Kali ni kalau jatuh ke atau kena baling ke.... gerenti tak pecoh punyer....

POTONG... POTONG.... POTONG RAMBUT...

Kali ni Hilmi pegi potong rambut di Larkin Perdana... uncle tu tanya dia "kasi bikin David Beckham ka? mau ka?"... Hilmi pun mengangguk saja.... selepas membayar uncle tu sebanyak RM5, maka dengan tersenyum simpul bangga dia pun keluar dari kedai gunting Rambut Raja itu... Maka inilah hasilnya.... lumayaaaan...

Hilmi perasan, kata dia rambut dia macam ada gaya Christiano Ronaldo ..... dasattt...

Wednesday, March 23, 2011

LAGI ORANG KAHWIN....

Kali ini kami ke Felda Bukit Rokan, Kuala Pilah, Nogori Sombilan untuk sama2 meraikan majlis perkahwinan sepupu Baba pula....

Opah bergambar bersama2 pengantin, Pokcik Latip dan Ayah Ude (bapak pengantin)...

Dalam perjalanan balik kami singgah sekali lagi di Kolo Pilah untuk membeli daging salai untuk dibawa balik.... leh buat Masak Lomak cili api.... akan tetapi last2 saya buat masak kicap je... sebab maleh nak gi beli santan.... huhuhu...

MUSIM ORANG KAHWIN...

Cuti sekolah... semestinya musim orang kahwin.... kali ini kami ke Pontian untuk menghadiri majlis kahwin sepupu kami iaitu anak Pak Busu...

MakLong, PakLong dan Pak Busu mengambil kesempatan untuk bergambar bersama ...


Mak Long bersama mak pengantin, Mak Busu...


Sok-sek... sok-sek... sok-sek... apa yang dibualkan tu? Tak dengor le....
Kerjanya asyik amek air minum saja.... mentang2 la ada 4 jenis air yang disediakan kat station air tu - air mata kucing, air lychee, air oren, air asam boi.... berulang alik le dia ke stesen air tu...

Majlis diserikan dengan bunga2 dan bertemakan warna oren....

DIUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA PENGANTIN, SEMUGA BAHAGIA KE ANAK CUCU...

Tuesday, January 25, 2011

GOODBYE GANGLION

Entah macamana, tiba2 Aniq komplen tangan dia ada benjol, tapi tak sakit.... maka kami tanyalah pendapat Doktor MakLong... Doktor MakLong kata benjol ni dipanggil 'Ganglion'... selalunya ada pada orang tua2 jer.... tapi kdg2 budak2 pun buleh dpt benda ni... so MakLong kata elok buang. Kami pun pegi panel klinik dan Doktor Panel kata benjol Aniq ni takde ubat... ubatnya hanyalah 'belah dan buang'... aiseymen.... kecut perut Aniq dengornya...

Tuuu... benjolnya.... yang kat sebelah atas pergelangan tangan dia tuuu....

Maka kami pun pergi le ke Spital Puteri setelah hari yang dijanjikan tiba... iaitu pada 21 Januari 2011 hari Jumaat...

Setelah berpuasa pada sebelah pagi, Aniq pun dibawa ke bilik wad untuk menunggu waktu operate itu tiba... Pukul 12.30 tgh saya meninggalkan Aniq sengsorang kat wad sbb pegi amek Nurin, Nurul and Hilmi balik sekolah... dan kemudian membawa mereka dan Maktok ke wad semula.... tepat waktu orang azan solat Jumaat, Aniq disuruh salin baju spital utk dibawa masuk ke bilik pembedahan... tapi Aniq sempat meminta izin nurse untuk solat Zohor dahulu.... selepas solat, Aniq pun disorong oleh nurse ke bilik OT (Operation Theatre) dan saya disuruh ikut sekali sebab nak sain2 borang....
Maka kami pun menunggu Abang Aniq di wad.... cuma Maktok aje yang tunggu depan bilik bedah.... puas saya pujuk Maktok suruh tunggu kat bilik, boleh rehat sambil nengok TV, tapi Maktok menolak... dia nak tunggu depan bilik bedah gak...


Sambil tunggu sambil dengor laguuuu....

Sambil tunggu sambil nengok TV dan lanyak katil....


Dah boring nengok TV.... jom adik kita main sep-sep-sep-mi-mi-mi.....


Dekat pukul 4 baru Aniq dibawa keluar dari bilik pembedahan dan dipindahkan ke bilik lain.... masa tu dia tengah menggeletar kesejukan.... tangan dah berbalut, kedua2 kaki menggeletar...


Setelah Aniq dah kembali normal, Hilmi telah ditugaskan untuk menemankan abang sekejap sementara saya menghantar Nurul, Nurin dan Maktok pulang ke rumah semula....

Tangan kiri yang dah dioperate ....


Tgn kanan dicucuk utk tujuan memasukkan ubat...

Abang Hilmi dibekalkan dengan sebungkus goreng pisang untuk mengalas perutnya... maka dia pun menghabiskan waktu terluangnya dengan makan....


dan makannnn......

Kini, tiba giliran Abang Aniq pula untuk makan dinner setelah dia tak makan sejak pagi ....


Makan nasi, ikan goreng, sup sayur dan buah jambu batu....

MakLong and the geng.... dtg melawat....


Keesokan harinya Aniq dibenarkan pulang.... sekarang Aniq masih cuti MC, esok hari Rabu kena pergi hospital balik untuk bukak balutan ditgnnya. Kalau dah bukak balutan tu nanti barulah senang sikit nak buang air besar... bukan masalah sembelit tapi masalah nak cebok.... sebab tgn kanan je boleh pakai... hehehe....

Wednesday, January 12, 2011

PERCUBAAN MEMBUAT MARSHMALLOWS...

Cubaan yang berjaya jugak le utk membuat marshmallows.... kredit utk Cik Mat Gebu dan rakan2nya yg berkongsi resepi dgn para pembaca blognya... tak penah terpikirlah pulak sebelum ni utk buat sendiri... perisa strawberry lagi.. nak beli kat kedai takut lah pulak sbb katanya marshmallows yg impot tu ada lemak 'Barbie'.... nanti nak try buat perisa lain plak... pisang.. mango.. oren.. lychee.. boleh?..


Monday, January 10, 2011

NURUL BELAJOR SWIMMING...

Hmm.... bilalah agaknya dapat sambung semula belajor swimmimg.... sekolah dah naik ni susahlah sikit nak pergi belajor.... Nurul belajor swimming masa cuti sekolah haritu.... habis cuti terpaksalah berhenti sekejap..... sok cuti sekolah sambung le lagi.....




Terjun di tempat dalam... Nurul kata cikgu swimming dia "macam orang bahasa Inggeris!"... (macam mat saleh le maksud dia).