Hmm...nak buka puasa kang nak masak apa? Masak kat bazaar Ramadhan le...apa lagi...lepas solat Asar kami sekeluarga pun bertolak le ke destinasi kami iaitu bazaar Ramadhan. Tapi mula tu tak tau nak pergi yang mana satu sebab banyak sangat. Kalau area dekat2 P.Gudang nih memang banyak tempat. Mula-mula kami pergi lalu di bazaar Ramadhan kat Tmn. Rinting tapi tengok2 je. Tak turun beli pun. Next kami menuju ke bazaar Ramadhan di P.Gudang...di situlah kami beli juadah berbuka puasa. Hilmi pilih kebab dan nasi goreng ngan air tembikai untuk berbuka. Aniq lak pilih burger, nasi putih lauk ayam masak merah (feveret dia) ngan air cincau. Baba-nye beli satay, otak-otak, roti jala and cendol. Mama-nye plak tekadkan hati tak nak beli apa-apa. Nak buka makan kurma je kononnya.
Pastu sementara nunggu waktu buka puasa, kami nak pergilah ke Pantai Batu Layar nak ambik gambar kapal terbang dari airport Changi (Spore) yang nak landing or depart. Malangnya tak boleh masuk plak kawasan tu maybe sebab ada kejadian tank minyak terbakar hari tu kat area sebelah tu....so tengok dari jauh je kapal terbangnya...lagipun tak banyak sangat flight pada petang semalam agaknya...so kami pun balik le rumah..sebelum sampai ke rumah kami lalu juga di beberapa tempat Bazaar Ramadhan yang lain...lalu jek...bukannya beli lagi...mula2 tu lalu kat Tmn Pasir Putih, Masaichusette (Masai le tu), and beberapa kwsn yang lain...semuanya meriah, ramai betul orang berniaga...
Tiba waktu berbuka plak kami discover yang otak-otak yang kami beli tu tak masak betul pun. Hai...gitulah orang sekarang berniaga, apa nak buat ...semua orang nak untung aje...atau pun dah takde rezeki kami nak makan otak-otak agaknye....