Kat dalam pameran tak buleh amek gambor.... so budak2 nih posing kat luar je...
Ya Allah, sinarilah hatiku dengan sinaran cahaya petunjukmu, sebagaimana Engkau menyinari bumi ini dengan cahaya matahariMu selama-lamanya.
Wednesday, December 30, 2009
MELAWAT PAMERAN DI MUZIUM KESENIAN ISLAM
Kat dalam pameran tak buleh amek gambor.... so budak2 nih posing kat luar je...
Tuesday, December 29, 2009
MANDI-MANDA DI SG. CONGKAK
Maktam sedang berehat sambil baca suratkhabar....
AIDO'S BABY GIRL
Haritu kami pergi KL..... kami berkesempatan untuk menziarahi Aido dan baby girlnya yang comel lotey putih melepak dan montel itu..... namanyaaaaaa..... apa ek.... kalau tak silap .... Qaireen.... Qaireeny.... eh lupa lah pulak..... nanti tanya balik maknya or toknya lah....
Maka inilah satu-satunnya gambor yang sempat diambil buat tatapan semua yang tak berkesempatan nak menziarahi beliau.....
Monday, November 2, 2009
PERANGAI PELIK
Setelah beberapa tahun berlalu.... of courselah taste Aniq dah berubah.... sekarang ni lain pulak perangainya.... kalau pakai seluar yang berkocek dia mesti nak keluarkan kocek seluar tu.... kata dia rasa 'geli' kena kocek seluar tu...
Tapi kalau nak keluar berjalan pandai pulak dia malu kat orang..... nanti cepat2 dia masukkan balik kocek2 tu... kalau pegi sekolah ke takde pulak dia keluarkan kocek seluar sekolah tu... cuma masa kat rumah je dia akan keluarkan kocek seluar dia...
Mamat ni pulak tiada memilih dari segi pakaian..... begitu juga dengan makanan.... apa aje kita bagi dia pakai.... apa aje kita bagi dia makan.... baju besar ke... baju kecik ke... baju gambar bebunga ke... gambar tak macho ke.... seluar labuh ke .... senteng ke.... cuma seluar sempit aje dia ada ngadu sikit.... kalau seluar tu betul2 tak muat dan tak boleh zip baru le dia berbunyi..... kalau tak dia main sarung je... takde ku kisah....
Sunday, November 1, 2009
RADIX CHICKEN HOUSE
Lepas solat kami pun makan ayam goreng... sedap... ramai jugak pelanggannya... nasib baik kami dtg masa tengah Maghrib sbb lepas Maghrib je berpusu2 orang dtg makan kat sini...
Hebat.... buat pengetahuan semua Nurin sekarang ni dah pandai cakap perkataan 'Hebat'. Sikit2 cakap 'hebatnyerrrrr...'. Kalau dia buat apa2, mesti dia tanya "hebat tak?". Selagi kita tak jawab 'hebatnyer' atau ' memang hebattt'... selagi tu dia akan tanya kita tak henti2 'hebat tak?... hebat tak?... hebat tak?... hebat tak?.... hebat tak?...' poning eden... ntah dari mana dia belajor cakap hebat ni tah?
Thursday, October 29, 2009
ROTI
Alhamdulillah inti epal sudah habis dibuat roti.... cuma tinggal doh nya saja yang masih banyak.... kalau le saya tau resepi tu macam ni punya banyak roti yang dapat tentu saya buat separuh adunan aje.... masa ni dah rasa macam nak nangis dah sebab dah tak larat nak meroti lagi dah... last2 buat bun inti cheese aje.... letak cheese kat dalam dia then buat bulat2 je.... jam pun dah nak dekat pukul 12.00 malam.... esoknya nak gi KL lak tu.... mata dah ngantuk.... maka jadilah cheese bun pulak....
Itulah kisahnya saya dengan roti2....awalnya cuma nak buat beberapa biji roti untuk Baba kunyah2... last2 terpaksa bersengkang mata untuk habis meroti.... punyalah banyak roti, macam nak nangis nengoknya... sapalah yang nak makan roti yang sebanyak gini.... sure tak habis kami makan anak beranak... last2 besok paginya kami bawak semua roti2 tu ke KL.... masa dalam perjalanan Baba dan budak2 tak henti2 mengunyah roti... nengok2 sampai KL roti yang teramatlah banyaknya itu pun habis dimakan oleh kami semua... alhamdulillah... licin jugak akhirnya... tak membazir pun rupanya...
Monday, October 26, 2009
WAJAH BARU
Okay... ini gambar Nurul sebelum pergi ke saloon rambut.... happy kemain sebab dah lama dia merengek nak suruh potong rambut dia... last2 sbb dah tak tahan dia mengekor kita sambil tarik2 baju kita sbb nak mintak potong rambut... akhirnya mengalah jugalah... terpaksalah bawak jugak ke kedai gunting rambut sbb tak tahan dgn rengekan dia tuh...
Maka inilah dia pesyen terbaru rambut Nurul... puaslah hati tu...
Ini gambar Nurin masa minggu lepas...
Tapi minggu ni dah tukar jugak pesen rambut dia...
Nurul dgn Nurin dah potong? Of course....
Tuesday, October 20, 2009
RAYA LANGKAWI - THE SERIES PART 12
Pingat...
Saturday, October 17, 2009
RAYA LANGKAWI - THE SERIES PART 11
Antara cerita dia yg saya ingat ialah... bapak dia nama Pandak Mayah.... Mahsuri ni dikatakan sangat cantik dikalangan org2 kat Langkawi tu lah sampaikan mak mertua dia sendiri pun jeles kat dia....... pastu dia kawen dgn Wan Derus... satu hari Wan Derus pegi berperang.... mak pada Wan Derus ni (i.e mak mentua Mahsuri) buat fitnah bila dia nampak Mahsuri berbual2 dgn Deramang... Deramang ni seorang perantau.... so Mak mentua dia tu yg bernama Wan Mahora pun ngadu kat suami dia iaitu Datuk Pekerma Jaya... Datuk Pekerma Jaya ni kira macam wakil Sultan kat Langkawi.... so Wan Mahora kata kat suami dia (i.e bapak mertua Mahsuri) yg Mahsuri ada 'affair' dgn Deramang.... entah camana Datuk Pekerma Jaya pun termakan hasutan isteri dia Wan Mahora.... pastu Mahsuri dgn Deramang pun kena tangkap dan kena hukum bunuh... kena ikat kat tiang dan tikam dgn tombak... tapi Deramang sorang jer mati... Mahsuri tak mati sbb pakai senjata apa pun tak lut kat badan dia... last2 Mahsuri dah tak tahan kena siksa dia pun kata...
kalau betul nak bunuh dia, cuma keris bapak dia je yang boleh cederakan dia... so diorang pegi amek keris bapak dia and tikam le Mahsuri... maka terpancutlah darah putih berterbangan di udara setitik pun tak jatuh ke tanah (ikut ceritanya lah).... sebelum dia mati dia sumpah Langkawi tu jadi padang jarak padang terkukur selama 7 keturunan....
Pastu Langkawi kena serang dgn Siam... Datuk Pekerma Jaya kena tangkap dan dibunuh... isteri dia Wan Mahora yang buat fitnah kat Mahsuri tu pun kena siksa dan dibunuh juga.... THE END...
Ni kononnya gambar Mahsuri... bukan gambar sebenar la kot...
Ni kat dalam rumah Pandak Mayah (bapak Mahsuri)...
Hiasan kat tingkap rumah...
silhoutte seorang budak ......
Seorang budak duduk di tangga rumah....
Air telaga Mahsuri yang sudah diproses dibotolkan dan dijual dgn harga RM1.00 sebotol... air telaga Mahsuri ni katanya bnyk khasiat.... tak tau apa dia... kami beli dua botol sbb kehausan masa tu.... tapi Aniq tak berani minum bila dia tau tu air perigi... hehehe...