Saturday, October 17, 2009

RAYA LANGKAWI - THE SERIES PART 11

Kisah Legenda Mahsuri ni.... saya dah ingat2 lupa lah....

Antara cerita dia yg saya ingat ialah... bapak dia nama Pandak Mayah.... Mahsuri ni dikatakan sangat cantik dikalangan org2 kat Langkawi tu lah sampaikan mak mertua dia sendiri pun jeles kat dia....... pastu dia kawen dgn Wan Derus... satu hari Wan Derus pegi berperang.... mak pada Wan Derus ni (i.e mak mentua Mahsuri) buat fitnah bila dia nampak Mahsuri berbual2 dgn Deramang... Deramang ni seorang perantau.... so Mak mentua dia tu yg bernama Wan Mahora pun ngadu kat suami dia iaitu Datuk Pekerma Jaya... Datuk Pekerma Jaya ni kira macam wakil Sultan kat Langkawi.... so Wan Mahora kata kat suami dia (i.e bapak mertua Mahsuri) yg Mahsuri ada 'affair' dgn Deramang.... entah camana Datuk Pekerma Jaya pun termakan hasutan isteri dia Wan Mahora.... pastu Mahsuri dgn Deramang pun kena tangkap dan kena hukum bunuh... kena ikat kat tiang dan tikam dgn tombak... tapi Deramang sorang jer mati... Mahsuri tak mati sbb pakai senjata apa pun tak lut kat badan dia... last2 Mahsuri dah tak tahan kena siksa dia pun kata...

kalau betul nak bunuh dia, cuma keris bapak dia je yang boleh cederakan dia... so diorang pegi amek keris bapak dia and tikam le Mahsuri... maka terpancutlah darah putih berterbangan di udara setitik pun tak jatuh ke tanah (ikut ceritanya lah).... sebelum dia mati dia sumpah Langkawi tu jadi padang jarak padang terkukur selama 7 keturunan....

Pastu Langkawi kena serang dgn Siam... Datuk Pekerma Jaya kena tangkap dan dibunuh... isteri dia Wan Mahora yang buat fitnah kat Mahsuri tu pun kena siksa dan dibunuh juga.... THE END...

Ni kononnya gambar Mahsuri... bukan gambar sebenar la kot...



Ni dia makam Mahsuri...
Ni kat dalam rumah Pandak Mayah (bapak Mahsuri)...

Hiasan kat tingkap rumah...

silhoutte seorang budak ......

Seorang budak duduk di tangga rumah....

Air telaga Mahsuri yang sudah diproses dibotolkan dan dijual dgn harga RM1.00 sebotol... air telaga Mahsuri ni katanya bnyk khasiat.... tak tau apa dia... kami beli dua botol sbb kehausan masa tu.... tapi Aniq tak berani minum bila dia tau tu air perigi... hehehe...

Pastu singgah tempat jual2 produk gamat.... ni kawah digunakan utk masak minyak gamat.... katanya walaupun minyak tu tengah menggelegak tapi kalau celup jari tak melecur.... "panas tak Bang Aji ?...."

Aiman pun terai jugak celup jari....
Ini pulak sesi membeli belah produk2 gamat.... kami beli minyak gamat sebotol dgn sabun gamat...