Friday, October 2, 2009

RAYA LANGKAWI - THE SERIES PART 5

Inilah dia tempat yang kami duduk semasa di Langkawi - Kondotel Safa Idaman... luas dan selesa sekali...


Ni ruang tamu... masing2 tengah rileks sambil menonton TV...

Ni ruang makan.... ada meja makan, sinki dan mini chiller...

Antara ruang makan dengan ruang tamu ni ada sofa panjang - kat sini lah Maktok tidur.... tak tau kenapa Maktok chop sofa ni... kata dia senang dia nak bangun sembahyang malam.... sofa tu pun nampak cam comfy jer.... Dia dah siap bentang sejadah kat sebelah sofa tu... kitorang pun tumpang sembahyang kat situ jugak...

Ni bilik tidur no. 1... Cik Limah anak beranak tidur di sini... ada satu katil besar dan sebuah bilik air....

Ni bilik tidur no. 2.... ada 1 katil besar...


Ni bilik tidur no.3.... Ada dua katil bujang..... kat luar bilik antara bilik no. 2 dan bilik no.3 ada satu lagi toilet.... so... ada 2 toilet dalam rumah ni... takde masalah berebut toilet...

Ada kemudahan kolam renang - kolam dewasa, kiddy pool, kiddy slide dan juga jacuzzi.... walau pun kat sini takde beach, tapi sapa2 nak mandi beach boleh pegi naik kereta ke beach dlm masa beberapa minit dah sampai....