Tuesday, November 25, 2008

MARI MASAK TELUR PINDANG

Ya, tuan-tuan dan puan-puan sekelian.... minggu ni marilah kita belajar cara-cara memasak telur pindang. Telur pindang ni memang terkenal di negeri Johor. Ianya selalu dijadikan sebagai bunga telur yang di beri kepada para tetamu yg datang ke majlis-majlis perkahwinan... Minggu lepas Anjang mintak tolong Maktok untuk buatkan telur pindang untuk majlis perkahwinan adik kepada Siti (menantu Anjang). So...pada hari Rabu lepas proses membuatnya pun dimulakan le...
Banyaknye telur!!! mestilah banyak.....ada 1000 biji semuanya....
Ya, puan2....mula2 telur2 tu hendaklah dibasuh terlebih dahulu....bersihkan le benda2 asing yang terlekat kat kulit telur tu... tak tergamak le kami nak masak terus telur2 tu bersama2 dengan benda2 asing tu....
Pastu masukkan le telur2 tu ke dalam poyok yang telah dialaskan dengan berjenis2 daun.... pastikan bahagian shape telur yang runcing tu ke bawah... lupa pulak nak tanya maktok kenapa kena buat camtu....
Sebelum tu pastikan anda jumpa poyok yang bersaiz besar gedabak camni agak2 muat sampai 1000 biji telur le....Oh ya... daun2 yang digunakan ialah daun jambu batu, daun pokok senduduk, daun serai, daun lengkuas, daun pandan, daun salam dan lain2.
Susun le telur tu satu persatu dengan berhati-hati supaya tak pecah....Waduh...memang jenuh le proses menyusun telur2 ni....lenguh tangan dan sakit pinggang dibuatnye....
Haa... dah siap.... tapi ni baru siap susun selapis jer ni...ada banyak lapis lagi...
Dah siap selapis, lapikkan le lagi dengan berbagai2 jenis daun tu dan teruskan le proses menyusun telur tu selapis demi selapis.
Sementara proses menyusun telur dilakukan....saya ditugaskan oleh Maktok untuk mengisar rempah2 nya iaitu ketumbar, jintan manis, dan jintan putih. Bab jintan ni saya confuse sikit sbb saya cuma kenal jintan halus dengan jintan kasar jer...mana satu manis dengan mana satu putih pun saya tak berapa sure....
Lepas dah blend campurkanle kesemuanya bior sebati..... menurut Maktok kalau untuk 1000 biji telur, ketumbar yang diperlukan ialah 1 kg manakala untuk jintan manis 1/2 kg dan jintan putih 1/2 kg.
Pastu Maktok mengetuk lengkuas2 dengan tukul besi supaya hancur sikit2.... Haa laa...kena le pakai tukul besi sebab lengkuas tu teramatlah kerasnye....
Lapisan telur yang tengah tu taburkan le kulit2 bawang merah dan kulit bawang putih, lengkuas yang dah diketuk dan campuran jintan dan ketumbar. Eloknya kulit bawang tabur di tiap2 lapisan telur....tapi kulit bawang yang ada macam sikit pulak...so tak cukup nak letak tiap2 lapis...dapat lapisan yang tengah pun jadi le....patutnya taburkan juga serai tapi serai tak di provide pulak oleh Anjang...so tak yah pakai serai le...
Lapisan yang akhir tu tutupkan le telur2 dengan campuran daun2 yang selebihnya. Pastu taburkan pulak garam kasar 1 kampit besor dan lebihan campuran jintan dan ketumbar tadi....
Akhir sekali...isikan poyok dengan air sampai ponuh.....
Selain daripada tu tuangkan juga sebotol besar kicap dan sebotol besar air asam jawa (atau pun sekampit besar asam jawa diperah dengan air dan masukkan dengan biji2nya sekali.)
Akhir sekali.....tunggu Cik Mandor kita periksa QC dulu...kalau confirm pass, bolehlah dihidupkan api tungku gas untuk dijerang poyok telur kita..... bukak api bior pelan aje...kalau panas sangat kang retak telur2 tu kang.... Rebus le telur2 tu selama 3 hari.... tapi tak le berterusan...malam tutup api.....pagi bukak api.....kalau malam bukak api.....pagi tutup balik api....pastu bukak balik.....sampai le hari ketiga.....maka masak ranumlah telur pindang kita..... so...pada pagi hari Sabtu, api poyok pun ditutup le....petang nye pulak bila air dalam poyok dah sojuk bolehlah di keluarkan telur2 tu...

Ni le ruper nye telur pindang yang telah siap....

Maka bolehlah dikeluarkan dan dibersihkan sampah2 daun dan rempah2 yang melekat pada telur2 tu.... bermulalah lagi sekali proses menyusun tapi susun ke dalam bekas telur pulak...

8 comments:

toksira44 said...

telor pindang orang dah makan....cuma buat century eggs pulok..

hallymnm said...

Kat KL, satu biji telur pindang dijual pada harga RM0.90 tau!

TPT said...
This comment has been removed by the author.
HJ selangor said...

salam nk tnyer ni.. telur pindang ni ade khasiat yg tertentu ker? lgi 1 knpe die dibuat pada kebiasaanya hanya pada majlis2 perkahwinan... mgkinkah ade yg tersirat disebalik pembuatan telur pindang ni...

Anonymous said...

xpenah rasa lg telur mcm tu tp teringin jgk nk mkn..hhehe.tempat sy,ktorg bt telur rebus biasa jer @ sekarang ni kebanyakan bg gula2.

Inur said...

Saya tak pernah makan telur pindang ni, tp teringin nak cuba. mungkin ia hanya disediakan masa kenduri khawin sebab cara pembuatannya yg renyah dan memakan masa yg lama.

Anonymous said...

see..dap telur pindang, feveret sy tu..

Anonymous said...

wah...baru tau kene ltk telur yg runcing kat bwh...tq...esok sy nk bt telur pindang..bt 100biji je..nk bg kat org2 mase kenduri kesyukuran anak..ssh nak cari daun2 kat bandar nie..tp semangat nak buat berkobar2..terpaksa la suami msk hutan cari daun2...kulit bwg minta kat kedai...