Friday, November 21, 2008

POLIS DAH DATANG !

Tadi tengahari semasa saya sedang menyidai kain baju di ampaian kat depan rumah, tiba2 saya disapa oleh jiran sebelah rumah.... katanya, "Kak, ada nampak sesiapa tak masuk rumah saya?". Terkejut juga saya...kenapa dia tanya camtu? Saya kata' "tak nampak pulak...kenapa dik?". "Ada orang pecah masuk rumah saya, dia pecahkan mangga, pastu dia bawak lari komputer saya." jawab wife dia...."Isyyy....akak tak dengar apa2 pulak...sekejap-pan aje dia buat kerja." jawab saya balik.

Pastu polis pun sampai at the crime scene....sampai dua bijik kereta polis datang....saya pun tak melepaskan peluang menngambil gambar kereta polis nih...tapi ambik sembunyi2....takut kena tahan polis nak soal-siasat kang saya kena bagi keterangan pulak kang...pastu cepat2 saya masuk rumah kunci pintu....ngeri....memang tak boleh lepa kat area perumahan kita nih....mesti sentiasa kunci pintu...yang pintu berkunci pun dia boleh masuk inikan pulak yang tak berkunci...so hati2 yea...