CHOCOLATE CHIPS CUPCAKES
(Untuk 15 biji)
1 3/4 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1/4 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/3 cawan minyak masak / vegetable oil
1 cawan susu segar / susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan choc chip
1 biji telur, dipukul sedikit
CARANYA
1. Panaskan oven dan susunkan mangkuk cupcakes
2. Ayak tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder
3. Gaul sebati gula dan tepung yang diayak tadi.
4. Dalam bekas lain, kacau sebati telur, minyak, susu dan esen vanilla
5. Masukkan campuran tepung tadi ke dalam campuran minyak
6. Kacau sebati dan masukkan choc chips. Sudukan kedalam mangkuk cupcakes
7. Bakar dalam oven 20 - 25 minit.
8. Bila dah siap hiaslah mengikut kreativiti masing2.
This is the second batch of cupcakes yang keluar dari oven... yang first batch tu dah licin tak sempat ambik gambar... furthermore bentuk dia pelik sikit ( square aje dan tak bulat, dah macam Kenny Rogers punya muffin pulak bentuk dia sebab terletak penuh sikit dalam mangkuk tu... so dia macam nak tumpah gitu). Second batch ni saya letak setengah mangkuk aje baru dia nak jadi bulat sikit... tu pun ada yang lonjong2 sikit.... first attempt ni saya tak buat hiasan kat atas dia sebab nak testing je recipe... turned out okay le recipe ni, boleh dipercayai... next time boleh try letak chocolate ganache atas dia and tabur je coloured rice... mesti lagi mengancam kan..kan..kan..