Pada suatu petang yang boring, budak2 melepaskan keboringan mereka dengan bertekak sesama sendiri, mengusik semasa sendiri dan membuat benda2 yang mendatangkan kegeraman saya...maka Maktok pun suggest kita bawak mereka keluar makan angin kejap... destinasinya.... ke Taman Merdeka...
Maka dengan tak berlengah lagi berbondong2lah kami sumer masuk kedalam kereta dan menuju ke sana...
Pada asalnya tempat ni dulu macam tasik kecik le...sekarang dah buat tempat riadah....
Dua tower tu buleh naik tapi maleh nak naik....
Di situ juga ada sebuah restoran untuk para pengunjung yang datang untuk makan
Budak2 pun disuruh berjogging untuk mengeluarkan peluh dan membuang tension di dalam badan mereka... maka berjogginglah mereka dengan sepenuh hati...
....dan penuh semangat
Ni berjogging ke bersantai ?.... Al-maklum le orang semput tak leh lari kuat2...
Maktok pun bersenam juga dengan berjalan kaki untuk mengeluarkan peluh...
Selepas penat berjogging.... duduk le rehat sebentar....
Entah apalah yang Nurin tak puas hati tu.... tukang sakatnya dikiri dan kanannya... maka terjerit2 lah dia di tengah2 Taman tu... nasib baik orang tak ramai....
Dah penat excercise bergambar le kejap....
Agak2 masih adakah tanda2 keboringan di muka2 mereka? ......ya think?
Apabila sepetang yang boring itu sudah mula untuk melabuhkan tirainya, kami pun mulalah berbondong2 semula berjalan untuk pulang ke rumah...
BYE...BYE... jumpa lagi di lain hari....
Sampai sahaja di rumah mereka memulakan aktiviti mereka semula dengan bercekau semasa sendiri... THE END....