Thursday, May 21, 2009

PROTON EXORA MPV

Kami nak satu.... nak jugak...nak jugak... nak jugak.... haritu pergi proton showroom untuk survey proton exora baru nih....


Cantik tu memang le cantik..... Kami tanya harganya.... tokey tu jawap "tujoplo libu kulang lua linggit"... maka kami pun membuat kira-kira... tujuh puluh ribu tolak dua ringgit ialaaaaaaahhh.... berapa yek.... isyy... susah benor pulak nak kira..... ada sesapa buleh tolong kirakan tak??



Selepas menilik itu dan ini.... menerai sana dan sini.... test duduk... test start enjin (tak dpt test drive aje sbb hari hujan), maka kami pun mengambil keputusan.....


Kami mengambil keputusan untuk balik rumah aje sbb hujan pun dah berhenti.... ekceli kami datang bukan nak beli kereta cuma nak servis kereta Baba je... sambil tunggu kereta diservis kami tengok2 kereta kat showroom dia sbb showroom dia sebelah aje tempat servis kereta.