Monday, June 15, 2009

MAKTOK KE MEDAN PART II

Hari kedua Maktok dibawa pula pergi ke Pulau Samosir menaiki feri (feri dia ada kerusi macam ni). Perjalanan daripada hotel maktok di Parapat tu utk ke Pulau Samosir mengambil masa selama sejam... Pulau Samosir ni ialah pulau yang terbesar di tengah2 Danau Toba ini. Ia juga merupakan pulau dalam pulau terbesar di dunia. Dalam Pulau Samosir ni pulak ada dua lagi tasek kecil iaitu Danau Sidihoni dan Danau Aek Natonang yang dipanggil Danau di atas danau. Tuu dia... pulau tu dalam danau... dalam pulau ada danau lagi.... jadiknya... pulau dalam pulau dan danau dalam danau.... ada confuse? .... baca le pelan2 dan fahamkan....

Udah sampei di Kabupaten Samosir nih.... turunnya feri disini aja Buk.... Horass... adat org sana mengucapkan selamat dtg dia akan cakap 'Horass'....
Jalan kaki melalui kampung2 orang di sini...
Udah sampei di perkampungan orang2 Batak... nama tempat tu Ambarita... nilah rupa bentuk rumah2 diorang... notice tak yang ada rumahnya takde pintu... ni rumah utk anak2 dara duduk... kalau takde pintu susah orang nak ceroboh masuk....

Pintu rumah diorang semua kecik2 belaka... ada sebabnya... supaya tetamu yang nak masuk rumah diorang kena hormat pada tuan rumah... jadiknya bila pintunya kecik terpaksalah org yg nak masuk tunduk, bila tunduk tu tanda hormat pada tuan rumah le...
Ni pulak tempat persidangan utk memutuskan hukuman bagi orang2 bersalah... pesalah2 akan dikurung di bawah rumah yang ada pagar2 tu...
Bergambar di rumah adat orang Batak... notice kat dinding tu ada lambang cicak dengan empat biji buah dada (payudara) wanita.... cicak melambangkan binatang yang boleh hidup dimana2 shj... maknanya orang lelakinya mesti boleh survive walau hidup dimana2 tmpt... yang lambang payudara tu pulak... mengikut adat mereka wanita yang mempunyai payudara besar melambangkan murah rezeki... jadiknya tu lambang supaya murah rezeki dan ramai anak le tu....
Ni le tempat persidangan tadi... kira macam 'The Round Table' le... bangku dan meja bulat tu diperbuat daripada batu...
Ni pulak tempat hukuman dijalankan... pesalah2 akan di pukul dahulu.... sekiranya masih kuat bertahan mereka akan dibawa pula di tempat ini untuk dikelar2 tubuhnya, kemudian di perah air limau lalu ditabur garam pada luka2 tu....
Sekiranya selepas itu pesalah masih lagi bertahan dan bertenaga, barulah mereka dibawa pula di tempat ini untuk dihukum pancung.... kepalanya akan dibuang ke laut manakala daging badannya akan di 'faraid' dan dimakan sesama mereka... sbb tu lah org kata org2 Batak makan org... ni hanyalah gambar demonstrasi aje... bukan betul2...
Kemudian Maktok dibawa pula ke satu pulau yang dinamakan Pulau Tomok... di sinilah tempat makam Raja2 Batak.... belah kanan sekali tu makam Raja Batak yang pertama... yang besar sekali tu makam Raja Batak yang paling gagah sekali....

Sesiapa yang pergi ke lokasi ini dikehendaki memakai selendang... org2 pompuan pakai selendang atas bahu kanan manakala org2 lelaki pakai atas bahu kiri....

Ini replika rumah orang Batak...
Sekian... narrationnya oleh Maktok.. ada sikit2 saya tambah melalui rujukan di Wikipedia...