Pagi tadi saya dan Maktok telah pergi ke kedai kain Jakel... akan tetapi oleh kerana kami dah parking kereta dekat2 depan dengan butik ARIANI, maka terpaksalah kami singgah dulu dan meninjau2 suasana di dalam butik tudung ARIANI itu... oleh kerana harga tudung2 disitu teramatlah mahalnya... kami hanya mampu grab satu aje....
Kami pun meminta jasabaik seorang model kecik untuk menggayakan tudung tersebut...
Kemudian kami pun pergi meninjau suasana di dalam kedai kain Jakel pula.... saya membeli 10 ela kain untuk dibuat baju melayu untuk anak2 lelaki saya serta bapa mereka... dalam kedai saya perasan kaler kain tersebut macam cantik, akan tetapi bila dah beli dan di bawa keluar dari kedai, warnanya bertukar pula jadi tak cantik... ni yang malas ni....
Maktok pula membeli kain untuk dipilih oleh warga Toksira44.... maka silalah pilih yang mana satu berkenan.... janganlah malu2....
Ni corak kain untuk yang sebelah kiri (warna maroon)
Ni corak kain untuk yang tengah (warna biru)
Ni corak untuk yang sebelah kanan (warna biru)