Saturday, June 6, 2009

SOLATLAH KAMU SEBELUM KAMU DISOLATKAN

Tiap2 malam hari Isnin, Selasa dan Rabu , Aniq, Hilmi dan Nurul ada kelas mengaji... guru yang mengajar mereka adalah seorang pelajar Maahad Tahfiz Johor (Marsah). Nama pelajar tersebut ialah Faizal. Selalunya lepas selesai mengaji, Faizal akan mengajak Aniq dan Hilmi solat Isyak berjemaah. Kadang2 kami orang2 dewasa pun akan ikut berjemaah jugak jika berpeluang... Faizal ni dah hafaz Quran... jadiknya kalau dia baca surah semasa rakaat pertama dan kedua tu, bacaan surah tu panjang2 dan kadang2 bersambung2 bacaannya... Terasalah macam sembahyang kat Mekah... Oleh kerana hari ni Baba balik kerja awal sikit dptlah dia berjemaah jugak... Nurin pun tidak melepaskan peluang untuk ikut berjemaah juga... dengan sejadah keciknya dia mengambil posisi di belakang saf...

Orang ruku', dia pun ruku'.




Orang sujud, dia pun sujud.

Dah start dah...

Dah tak boleh diam nampaknya...

Ewah... tengah solat mana buleh toleh2 belakang.... sengih2 pulak tu... batal tau!!