Inilah dia laporan di sekitar birthday Maktok... actually kami sambut sehari selepas birthday Maktok yang sebenar .... oleh kerana birthday Nurin pun dekat2 dgn birthday Maktok jadiknya sambut le sekali harung... (birthday Maktok 31 Mei, birthday Nurin 2 Jun dan birthday yours truly 3 Jun gitu). Petang tu kami pun bertungkus lumus membuat kek harijadi Maktok... oleh kerana orang K.L pun ada, maka dapatlah mereka semua membantu sama.... kelihatan disini Fatin dan Nurul sedang menghias kek harijadi Maktok dengan menabur coloured sugar kat atas kek itu....
Inilah dia hasil kerja kerastangan mereka.....
Lebih kurang sama jer dengan birthday cake Aniq dulu tu.... resepinya pun sama aje...
Maklong tolong pasangkan lilin.... Nurin beriya-iya tiup lilinnya....
Lepas sessi tiup lilin, tibalah pula masanya untuk sessi makan-makan pula... macam2 ada... laksa Johor (ditaja oleh Maktok), murtabak Johor (ditaja oleh Maklong), bubur kacang (ditaja oleh Kak Sal, jiran Maktok), kuih lompat tikam (ditaja oleh Mak Yam kereta hijau yang buat kenduri semalamnya), buah kuini (ditaja oleh pokok belakang rumah Maktok), karipap Giant, nugget ayam Ramli, frankfurter ayam dan potato wedges dan tak ketinggalan juga jajan (ditaja oleh Maklong). Kelihatan Maktam melambaikan tangannya khas ditujukan kepada warga Toksira44....
Masa ni sessi mengaji untuk Aniq, Hilmi dan Nurul terpaksa dibatalkan sebab sessi makan2 dijangka akan berlarutan sehingga tengah malam...
Semasa sessi makan2 ini juga, sessi buka hadiah dijalankan serentak.... nak tau Maktok dapat hadiah apa?
Bra Avon untuk maktok pakai semasa pergi Medan nanti.... hadiah daripada yours truly...
Brooch dan blouse daripada Maktam... blouse belum ambil gambar lagi...
Hadiah daripada Maklong..... sebuah kamera digital Olympus.... untuk dibawa semasa pergi Medan nanti...
Maka, malam tadi Maktok telah menjalani kursus tentang cara2 menggunakan camera digital tersebut... oleh kerana Maktok dah biasa pakai kamera biasa jadi masa mula2 try nak ambil gambar pakai kamera baru ni dia mesti nak tutup sebelah mata dan tengok kat lubang kamera... mana ada lubang... ada screen aje... dah lama2 dah okay dah... dah gheti dah...
Ini pula hadiah untuk Nurin daripada Maklong... mainan dolphin...
mainan blocks ni pun pemberian Maklong jugak....
Ini pula hadiah dari Maktam... sebuah backpack berbentuk beruang tedi... digayakan oleh model Nurul Iman...Oleh kerana birthday saya selang sehari, maka saya pun dapat hadiah juga gitu....
Ini hadiah dari Maktam... I dapat beg tangan you... boleh le melaram handbag baru ni nanti...
Ini pula bracelet dan cincin crystal kaler hijau daripada Maklong... boleh lah I melaram kalau pegi kenduri kawen nanti... tungguuuuu.......
Maktam pun dapat juga hadiah dari Maklong sempena birthdaynya pada April yang lalu (kira belated lah ni) tapi terlupa nak rakam gambar hadiahnya... sehelai tudung Ekin berwarna biru yang bertatahkan berlian kecil2 penuh dibahagian awning tudung itu... sungguh bergemerlapan...
Terimakasih saya ucapkan untuk para penyumbang hadiah yang sungguh murah hati... semuga Allah murahkan rezeki anda sekelian hendaknya... Amiin...