Thursday, October 23, 2008

BALIK KAMPUNG PART2 - PULAU PINANG

Sehari sebelum Hari Raya, kami bertolaklah ke P.Pinang. Hari ni last day berpuasa...kami berkonvoi sebanyak 3 buah kereta termasuklah kereta Piee dan Epol (mereka ni adik ipar saya). Maka ni le antara pemandangan yang dapat dilihat sepanjang perjalanan kami ke P.Pinang. Oleh kerana Negeri Perak ni terdapat Banjaran Titiwangsa yang merentasinya (masuk sikit ilmu Geografi jap), maka negerinya memang berbukit bukau lah.



Ini le pemandangan Gua Tempurung. Kalau nak masuk gua ni memang boleh tapi mesti ada orang yang dah berpengalaman untuk bawak kita.

Bukit lagi.......

Kalau dah ada bukit mestilah lalu terowong pulak..

Kami decide nak naik feri untuk pergi ke Pulau Pinang. Sebelum sampai ke tempat feri tu kami lalu jambatan ni...confuse gak kejap...ingatkan ni jambatan P.Pinang..rupanya bukan. Bentuk dia macam seakan-akan Jambatan P.Pinang.


Sebelum sampai Penang, hujan pun mula turun. Sebelum tu amaran banjir telah dikeluarkan di Penang. Risau juga kalau pergi beraya di Penang tiba-tiba kena banjir plak...tapi alhamdulillah...tempat kami tuju tu tak naik air...


Ni dah nak masuk ke tempat feri tu le. Kereta biru depan sekali tu kereta Epol, then kereta hijau belakang dia kereta Piee..
Kereta kena beratur dulu sebelum masuk naik feri.

Dari kiri belakang : Hilmi, Aniq and Anis. Depan : Nurul and Syahmi

Pemandangan dari atas feri. Nampak tu..... Jambatan Pulau Pinang

Ni bangunan apa ni? Bangunan Komtar ke? Kena tanya orang Penang le...

Feri-ferinya dinamakan dengan nama pulau2 kat Malaysia contohnya Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Kapas dll.


Nurul dan Syahmi ni kemana pergi berdua je...masa ni kat balkoni bilik yang kita sewa tu. Belakang tu Batu Feringghi Beach. Tak tau le tempat ni dulu kena Tsunami ke tak...

Pagi raya tak pergi mana-mana...budak-budak pergi mandi kolam kat bawah. Saya sempat jugak pergi beraya rumah member En. Kayu Rule @ En Keyrol (dia tak bagi kitorang mention nama dia dlm blog, so pakai nama samaran je le) kat Balik Pulau. Cuma Nurin sorang je ikut sbb yang lain tak nak ikut. Jalan ke Balik Pulau ni seghope macam jalan nak ke Genting Highlands. Banyak corner sana-sini. Nurin memang suka banget jalan cam ni...macam biasalah dia menghadiahkan saya semburan minyak wanginya yang spesel tuh...masa tu terlupa lak nak bawak beg plastik.... so... tadah pakai tangan je le...

Raya Kedua kami check-out dan terus pergi lunch...Kami pergi makan Nasi Kandar kat "LINE CLEAR"... famous weh tempat nih... ramai betul orang...lambat sikit takde tempat duduk... tapi... kalau dah pekena dia punya KARI SPESEL....perghhh.... jamban kat sebelah pun tak perasan...
Lepas makan gi jalan2 jap kat CHOW RASTA market...tapi tak beli apa pun...Hilmi je beli komik Naruto kat kedai buku 2nd hand. Pastu, kami balik Kampar. Masa balik tak naik feri tapi lalu Penang Bridge..


" THE END"