Wednesday, October 29, 2008

DUIT RAYA

Memandangkan bulan Syawal sudah hampir melabuhkan tirainya... rasa2nya dah takde lagi le sesiapa yang nak menghulurkan duit raya lagi... so rasa2nya dah boleh tutup akaun duit rayalah untuk tahun nih... Pagi tadi budak2 pun mengiralah duit raya mereka campur dengan duit belanja sekolah yang diorang simpan setiap hari.... Lepas kira kitorang pun pegi le ke Lembaga Tabung Haji cawangan Larkin Perdana untuk mendepositkan duit mereka...

Gumbira sungguh anak2ku...pastu diorang gaduh le sesama sendiri kerana mempertikaikan kenapa duit diorang tak sama banyak..ada yang lebih..ada yang sikit...ate..nak buat cane...
pening kepala teman dibuatnye....

Sebelum pegi Tabung Haji sebenornye kami singgah dulu ke klinik...sebab semuanya sedang batuk dan selsema....Yeop Aniq tu lagi teruk...siap dengan lelah sekali... sampai pening kepala doktor sebab sekali masuk bilik dia sampai lima orang sekali gus...

So lepas periksa doktor, dapat le sorang satu beg plastik ubat

Balik rumah apa lagi .... terus le diorang makan ubat .....
TOKSIRA44 tau tak camana nak guna daun pokok kapur barus tu untuk buat ubat batuk? Rasa2nya macam ada pokoknya kat rumah Megah Ria tu.