Monday, October 20, 2008

BALIK KAMPUNG

Tahun ni kami tak de ambik gambar hari raya tapi kami ada ambik gambar dalam perjalanan nak balik beraya. Silakan lah tengok ye....

*******************************************************************************

Sebelum balik kampung di Perak kami pergi dahulu ke Kuantan ke rumah 'TOKSIRA44' untuk beraya sambil menghantar barang-barang pesanan maktok. Perjalanan kami melalui Mersing, Endau, Rompin, Nenasi, Pekan dan seterusnya Kuantan. Kami sempat juga singgah di Masjid Bandar Mersing untuk membayar zakat sebab baru kami teringat yang zakat tak bayar lagi..

Dalam perjalanan tu kami lalu tepi pantai rasanya dekat kawasan Nenasi kot. Selalunya kalau kami sampai kawasan ni kami akan berhenti rehat dan makan2 kat tepi pantai tu. Tapi disebabkan masa tu belum raya lagi so kitorang tak berhenti sebab semuanya berpuasa.



Nampak le pemandangn laut sekejap. Memang feveret spot ni sbb cantik, syok tengok laut.



Memang seronok lalu kawasan ni tapi yang tak seronoknya kalau ada lori atau kereta yang bawak macam pergi makan angin. Al-kebetulan masa tu ada kereta slow sikit. Suami kita pun potong le kereta tu tapi tak perasan (buat2 tak perasan) ada double line. Habis2 potong je....tuuuu diaaaa.....polis trafik kat depan dah lambai2 bendera dia suruh berhenti....Beginilah antara dialognya yang saya dengar..

Bapak polisi : Assalamualaikum...
Suamiku : Waalaikumussalam...
Bapak polisi : Nak balik mana ni?
Suamiku : Nak balik Kuantan.

Bapak polisi : Kerja kat mana?
Suamiku : Kerja kilang Tuan...di Pasir Gudang.
Bapak polisi : Mintak lesen Encik....
Suamiku : Saya potong lori tadi Tuan, memang laju sikit ...(sambil mengeluarkan lesen dari dompetnya)
bapak polisi : Ada double line tadi tu..
Suamiku : Eh..tak perasan pulak ada double line....betul tuan..memang saya tak perasan pun...
Bapak polisi : adaaaa.... tak percaya Encik boleh tengok kat belakang sana....boleh turun sekejap..
Suamiku pun turun le kereta dan mengikut bapak polisi ke meja kecilnya tu...dan adegan selepas itu anda semua pun boleh agak le apa yang berlaku kan..kan..kan...

suamiku pun berpesan kepada kami semua semasa masuk semula dalam kereta, "Jgn cerita kat maktok dengan Opah tau...nanti diorang risau pulak". So..setakat ni maktok dan opah tak tau cerita lagi..jangan pecah lobang kay pasal cerita menyayat hati ni...

Selepas meneruskan perjalanan kami pun sampai le di Pekan. Selalunya kalau kami sampai di sini kami selalu perasan ada warung menjual murtabak tapi tak pernah berhenti beli pun. Tapi kali ni kami decide nak try murtabak tu masa berbuka puasa nanti..namanya Murtabak Mengkasar..Ni lah warungnya..banyak pulak kereta berhenti...macam laku je...



Akhirnya sampai le kami di Kuantan..Ni lah jambatan yang perlu dilalui untuk sampai ke bandar Kuantan. Tuuu..dia...dah nampak dah bandarnya..

Sebelum sampai ke Lorong Tok Sira 44 kami lalu dulu Terminal Satay Zul..tak pernah makan sini pun tapi menurut kata orang Kuantan memang kedai ni terkenal dgn sataynya disini..kira famous le tempat ni...lain kali dtg sini boleh try le satay dia...(ni dah kira macam promotion lak ni..patut dapat diskaun ni)...

Pastu kami round2 dulu nak cari bazaar ramadhan sebab nak cari kuih2 ke atau sedikit juadah untuk dimakan untuk berbuka puasa...(walhal tadi dah beli murtabak mengkasar tu.. tamak lagi). Tapi nampak gayanya tak jumpa satu pun tempat menjual kuih2. Masa tu Maktok pun dah talipon tanya kenapa tak sampai2 lagi ni...kumpulan kompang pun dah menunggu kedatangan kami katanya...so kami pun beredar le dan terus menuju ke rumah TOKSIRA44. Masa tu meter kereta suamiku pun dah sampai tepat 100,000 km.

Selepas berbuka puasa dan solat maghrib...kami semua mandi2 dan berehat sekejap..budak2 mengambil peluang untuk bermain mercun yang dikirim oleh B.Chah. memang serronok habis le Aniq dan Hilmi bila dapat jumpa dengan sifu2nya A.Ajam dan Adzman. Excited habis diorang tu.
Esok pagi nya Makteh belanja kanak2 yang tak posa makan di Mc Donald kat pantai Telok Chempedak yang terletak setapak dua je dari rumah dia tu.



Maktok suruh pakaikan Nurin baju raya sebab nak ambik gambar dia. So dia pun posing le kat pantai Telok Chempedak tu...kemain lagi...

Kakaknya pun nak posing juga....


Maktok sedang berusaha nak pujuk Nurin supaya bergambar dengan benda yang menakutkan nih....

"TAKUUUUUT........ I KATA TAK NAK, TAK NAK LAAAAAA..... AAAAAAAAAAAA......... AAAAAAAAAAAAAAAAAA....... AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA......"


*********************************************************************************

Tengaharinya kami pun menyambung perjalanan kami untuk ke Kampar, Perak. Tetapi orang kata kalau dah sampai Kuantan ni kena le beli keropok lekor dalam sebatang dua. Tapi kami lebih gemar keropok sagu. Kedai yang kami biasa beli keropok sagu ni ialah di gerai Hafisah ni. Keropok sagunya memang feberet En Khairul gitu...macam2 jenis keropok dia jual. Silalah baca menu kat papan tanda dia ni. Keropok lekor ada, keropok keping ada, otak2 ada, sata pun ada...

Mula2 tu bila kami sampai gerai Hafisah ni, kami dapati rupa2nya gerai dia tutup sebab bulan posa gaknya. Tapi entah macamana tah memang dah rezeki kami gaknya, tuan punya kedai memang sedang sedia menunggu depan kedai dengan motornya. Sebenornya dia sedang nunggu orang lain yang dah buat tempahan keropok dgn dia. so dia ingatkan kami ni le orang yang buat tempahan tu. En. Khairul pun explain le kami dtg nak beli keropok tapi tak de buat tempahan pun. So dapat le kami beli keropok sagu yang frozen di rumah dia ...



Dah dapat keropok, apa tunggu lagi, bertolaklah kami menuju ke destinasi kami seterusnya. Ni lalu jambatan merentasi Sungai Pahang.

Siap ada pintu gerbang jambatan dia.

Ni le dia sungai Pahang.
Ni pun lalu sebelah sungai Pahang gak.


Nak masuk Highway ke Kuala Lumpur dan Gambang.

Nanti bila dah masuk highwaynya dia bagi kad tol yang ni...Ada tulih Pantai Timur atas kad tu.


Wah...wah...wah....berpakat sungguh le tiga beradik nih...Aniq and Nurul dapat cushion empok kat tengah tu....


Sampai di Genting Sempah kami ikut Genting Highland untuk ke Batang Kali. Ni kira ikut short- cut le kata orang.

Jalan naik ke Genting Highland ni memang mencabar sket (kena pakai gear rendah jer)...tapi kita boleh tengok macam2 jenis species pokok hutan dan bunga2 hutan....Ni antara pokok yang bnyk terdapat di sini iaitu pokok Paku Gajah (agak kita lah...entah ye ke idak...tak sure)

haaa....dah sampai pun genting highland...masa ni budak2 dah exited dah sbb diorang ingat nak pegi Genting Highland betul2...


Lalu kejap di Hotel Seri Malaysia Genting Highlands.


Amek gambar puncak kat Genting Highlands tu jap...jauh ke atas lagi nih...dapat zoom camera takat ni jer...

Lalu bawah cable car yang nak ke Genting tu. Masa ni Hilmi pun cakap yang dia tak pernah naik Cable Car tu...hint le tu kat baba dia...

Lepas tu perjalanan kami diteruskan dengan menuruni pula bukit utk ke Btg kali, Rasa dan seterusnya ke Kuala Kubu Bharu. Pada sesiapa yang berhajat nak menggunakan jalan ni dinasihatkan membawa beg plastik sebanyak mungkin sebab jalannya terdpt corner2 yang boleh membuatkan anda nak mengeluarkan isi perut anda...Masa ni saya telah beberapa kali disembur oleh muntah Nurin menyebabkan baju saya pun lencun basah...baunya pulak jgn cakaplah....Pada sesiapa yg mempunyai masalah telinga sensitif macam Aniq, berjaga2 lah sebab bila turun naik bukit telinga anda akan berasa sakit.
Oleh kerana waktu berbuka puasa dah hampir, kami berhenti di Petronas di Tg. Malim utk beli biskut dan Milo. Kami berbuka ala kadar je dalam kereta. Sampai Kampar barulah kami singgah di Tesco Kampar untuk makan di restoran Hameed. Masa tu memang tengah keroncong perut kami...lepas makan perjalanan diteruskan pula ke Kg. Batu 20 untuk ke rumah Opah.
NANTIKAN PART2 - DESTINASI SETERUSNYA -PULAU PINANG