Hari ni hari Jumaat....teringat saya pada sabda Rasullullah s.a.w "Sampaikanlah ajaran ku walau sepotong ayat". Jadi saya nak lah memanjangkan ilmu2 yang saya dapat dari e-mail2 yang saya terima dulu2 tu...Semuga mudah-mudahan dapat memberi manfaat kepada orang lain hendaknya...InsyaAllah...
BACAAN ATAU DOA YANG BOLEH DIBACA SEMASA MENGAMBIL WUDUK.
1. Ketika berkumur,
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka,
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan ,
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab- hisabnya di tangan kanan .
4. Ketika membasuh tangan kiri , berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala , berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Mahsyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga , berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan , berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri , berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
Semoga sama-sama kita dapat mengamalkannya...InsyaAllah.