Tuesday, October 14, 2008

BERAYA DI RUMAH B.CHAH

Bulan lepas B.Chah dah hantar sofa lama dia ke rumah maktok untuk diberi nafas baru...bila ditanya camana ghope sofa baru dia, dia cuma kata dtg le rumah dia kalau nak tau..so last Friday baru le kitorang berkesempatan nak datang beraya rumah dia...apa lagi..kitorang datang siap bawak kamera sebab ada request dari org Kuantan and K.L nak tengok rumah B.Chah yang baru dibuat make over...maka..nilah gambar2 nyer...jgn jeles lak...nak tiru sikit2 tu buleh le..


Set sofa baru moden 3+2+1 berwarna beige. Warna dinding ditukar kepada warna hijau epal, ternyata menyamankan lagi suasana ruang ini.


Sofa kulit bercorak moden dengan bantal kusyen merah sebagai penaik seri ruang.



Langsir baru ditempah khas berwarna putih bercorak hijau sedondon dengan warna dinding.




Perhatikan pasu-pasu kaca moden berwarna hijau yang disusun teratur diatas kabinet TV menyemarakkan lagi warna tema bagi raya tahun ini iaitu warna hijau.


Pokok-pokok kaktus disusun di dalam dulang buluh diletakkan di atas meja kopi untuk menghidupkan lagi suasana kehijauan di ruang tamu ini. Satu idea yang menarik kerana pokok kaktus memang memerlukan penjagaan yang minimum sekali. Tapi dalam kes ini pokok kaktus ini memang tidak memerlukan penjagaan langsung kerana ianya ialah pokok plastik... Ya...saya termasuk tuan rumah telah tertipu ruper nyer... Selepas dibeli dan dibawa pulang kerumah barulah tuan rumah sedar yang ianya ialah pokok palsu...
Buah-buah epal disusun di dalam mangkuk kaca dan diletakkan di atas meja makan sebagai centrepiece. Tapi jangan terpedaya sekali lagi kerana ianya memang buah plastik.



Rak buku kayu yang memuatkan koleksi buku cerita yang beranika tajuk, buku-buku agama dan juga koleksi majalah-majalah wanita.

Perhatikan dinding tumpu (feature wall) yang di warnakan dengan warna hijau tua (hampir ke warna cokelat) untuk membezakan ruang makan. Tuan rumah juga kelihatan sibuk menyediakan biskut raya untuk kami iaitu krew anjung seri dari Kebun Teh (kami le tu).
Amacam? ada gaya jadi penulis majalah Anjung Seri tak?